Buta mata hati seerti buta fikiran , bermaksud manusia yang gagal menggunakan akal untuk membezakan antara kebatilan dengan kebenaran . Sama ada wujud Tuhan mahu pun tidak di fikiran mereka tidak berlandaskan ciri-ciri empat sifat iaitu ikhlas , jujur , adil dan sabar . Di mana empat sifat ini merupakan asas kesempurnaan akal seseorang manusia .
Muslim khususnya perlu menghindarkan diri daripada beranggapan bahawa golongan manusia buta mata hati adalah manusia mengingkari kewujudan Tuhan atau mereka mengambil Tuhan selain dari Allah semata-mata [orang kafir] . Sementara Muslim secara automatik terkeluar dari pengertian buta mata hati . Jika bersikap demikian menyebabkan seseorang Muslim merasa dirinya berada pada zon selesa , akibatnya mereka tidak berusaha untuk mendapatkan kebenaran hakiki dan merasa cukup hanya sekadar mengiakan Allah itu Tuhan . Hakikatnya , berkata bahawa Allah Tuhanku dan Esa merupakan kunci bagi seseorang untuk mendapatkan kebenaran yang diiringkan dengan bukti kesahihan terhadap perkara diputuskan . Hal ini menunjukkan tidak memadai bagi seseorang bergelar Muslim melaksanakan setiap batasan ketetapan syari’at tanpa rasa tanggungjawab untuk mendapatkan bukti kebenaran atas apa yang diterima untuk diamalkan dan dijadikan pegangan . Budaya meniru dan bertaqlid dengan membuta tuli tidak sekali-kali mampu meletakkan manusia ke landasan mewajarkan diri mencapai kebenaran hakiki . Sebahagian besar manusia yang mendakwa muslim telah terjebak dengan budaya tersebut . Keadaan orientasi dan sikap mengutamakan syi’ar , ritualisme dan perkara-perkara dapat dilihat , didengar , dirasa dan dihidu menyebabkan tumpuan manusia untuk mendapatkan maksud atau mesej di sebalik perbuatan yang disyari’atkan oleh rasul menjadi terabai . Kecenderungan manusia terlalu mementingkan ritual melebihi daripada usaha bagi mendapatkan bukti kebenaran terhadap apa yang diterima untuk diamalkan hingga menyebabkan mereka gagal memahami tujuan dan pengertian mesej di sebalik perbuatan seperti perlakuan sembahyang , ibadat haji , puasa dan lainnya . Akibat dari gejala tersebut maka bercambahlah muslim tak ubah seperti robot yang mampu bergerak melakukan sesuatu kerja tetapi tidak pula mampu untuk memahami serta menghuraikan setiap perkara yang dilaksanakannya .
Lantaran itu golongan manusia buta mata hati atau buta fikiran sama sekali tidak akan dapat mengetahui hakikat sebenar perkara diturunkan kepada nabi . Sebab nikmat kesempurnaan akal yang dapat berfikir dengan baik telah dipinggirkan dengan berbagai alasan yang tidak munasabah , biar sekali pun mulut berucap bahawa Allah Tuhanku dan kewujudanNya adalah Esa . Golongan ini bagaikan langit dengan bumi dan terpisah jauh untuk mendapatkan kebenaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment